Hai Assalamualaikum..
Web 2.0 dalam pendidikan.

A) Pelajar Sebagai Penyumbang Kandungan
Keupayaan untuk mencipta serta memanipulasi maklumat seperti yang terdapat dalam Wiki, blog dan podcast membolehkan pelajar untuk memanipulasi maklumat yang dipaparkan, membekalkan maklumat tambahan dan seterusnya menyebarkannya kepada orang lain. Dengan kaedah ini secara tidak langsung pelajar itu sendiri telah mengalami proses pembelajaran kendiri dan ia juga membekalkan maklumat kepada masyarakat sejagat.
B) Pelajar Sebagai Penyumbang Aktiviti Pembelajaran Dua Hala
Menerusi web khususnya melalui ruang forum, pelajar boleh melakukan aktiviti tambahan seperti perkongsian idea, bahan dan sebagainya. Penggunaan ruang forum maya yang terancang, aktif dan kreatif menyokong kepada pembentukan telaga ilmu dalam sesuatu bidang. Teknologi dinamik ini dapat menghasilkan aktiviti pembelajaran dua hala atau lebih kepada maya (virtual) dan aktif.
C) Pelajar Sebagai Pengkritik
Dengan menggunakan aplikasi web 2.0, pelajar boleh menyumbang idea sebagai pengkritik. Sebagai contoh kenyataan akhbar atau teks ucapan boleh dijadikan bahan kritikan. Guru berperanan menyediakan bahan untuk membuat kritikan. Dalam hal ini, guru perlu bijak menilai bahan yang bersesuaian untuk dijadikan bahan kritikan. Kritikan dengan sokongan dari kajian literatur akan menyumbang kepada penjanaan ilmu dan kemahiran pelajar kepada tajuk atau bidang tersebut. Aktiviti ini menggalakkan pelajar kepada penerokaan ilmu yang berkaitan dengan bahan atau subjek yang hendak dikritik disamping bijak berhujah mengenai sesuatu isu.