Wednesday, 25 November 2015



Hai Assalamualaikum..

Web 2.0 dalam pendidikan.



  A) Pelajar Sebagai Penyumbang Kandungan
          Keupayaan untuk mencipta serta memanipulasi maklumat seperti yang terdapat  dalam Wiki, blog dan podcast membolehkan pelajar untuk memanipulasi maklumat yang dipaparkan, membekalkan maklumat tambahan dan seterusnya menyebarkannya kepada orang lain. Dengan kaedah ini secara tidak langsung pelajar itu sendiri telah mengalami proses pembelajaran kendiri dan ia juga membekalkan maklumat kepada masyarakat sejagat.

        B) Pelajar Sebagai Penyumbang Aktiviti Pembelajaran Dua Hala
     Menerusi web khususnya melalui  ruang forum, pelajar boleh melakukan aktiviti tambahan seperti perkongsian idea, bahan dan sebagainya. Penggunaan ruang forum maya yang terancang, aktif dan kreatif menyokong kepada pembentukan telaga ilmu dalam sesuatu bidang. Teknologi dinamik ini dapat menghasilkan aktiviti  pembelajaran dua hala atau lebih kepada maya (virtual) dan aktif.

        C) Pelajar Sebagai Pengkritik
        Dengan menggunakan aplikasi web 2.0, pelajar boleh menyumbang idea sebagai pengkritik. Sebagai contoh kenyataan akhbar atau teks ucapan boleh dijadikan bahan kritikan. Guru berperanan menyediakan bahan untuk membuat kritikan. Dalam hal ini, guru perlu bijak menilai bahan yang bersesuaian untuk dijadikan bahan kritikan. Kritikan dengan sokongan dari kajian literatur akan menyumbang kepada penjanaan ilmu dan kemahiran pelajar kepada tajuk atau bidang tersebut.   Aktiviti ini menggalakkan pelajar kepada penerokaan ilmu yang berkaitan dengan bahan atau subjek yang hendak dikritik disamping bijak berhujah mengenai sesuatu isu.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. salam, boleh x awak bagi contoh sebab sy rasa kurang faham tentang topik ni. tq

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, web 2.0 ini wajar dipraktikkan pada pelajar sekolah sejajar dengan teknologi ketika ini..

    ReplyDelete
  4. Blog ini hanya menerangkan fungsi pelajar sahaja dalam web 2.0. Bagaimana dengan tenaga pengajar? Tidakkah mereka mempunyai fungsi juga untuk web 2.0 dalam pendidikan?

    ReplyDelete